BEKAS penyerang Arsenal dan Barcelona, Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.
Mbappe memaklumkan Paris Saint-Germain bahawa dia akan meninggalkan kelab Perancis itu apabila kontrak tamat pada akhir kempen 2023-24.
Pemain antarabangsa Perancis itu dijangka berpindah ke Real Madrid secara percuma, dan Henry berkata, ketibaannya di Bernabeu menandakan permulaan tempoh penguasaan untuk Los Blancos.
"Jika Mbappe pergi ke Real Madrid mereka akan mempunyai pasukan yang boleh mendominasi Eropah dan La Liga selama mungkin enam atau tujuh tahun kerana mereka semua masih muda, Mbappe, Vinicius (Junior) Rodrygo, Federico Valverde, Aurelien Tchouameni," katanya kepada CBS Sports.
Mbappe sekali lagi berada dalam prestasi mengagumkan untuk PSG musim ini, menjaringkan 34 gol dan mencatat tujuh bantuan dalam 34 penampilan dalam semua pertandingan.
"Sebelum ini mereka mempunyai beberapa pemain hebat seperti Casemiro, Mesut Ozil dan Varane yang sudah meninggalkan pasukan.
“Ada satu perkara yang anda perlu berikan Real Madrid pujian, dan itulah keupayaan yang mereka ada untuk memastikan mereka membina pasukan dengan mengekalkan pemain lama dan memberikan pengalaman kepada pemain muda," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 09 2024
Mbappe memaklumkan Paris Saint-Germain bahawa dia akan meninggalkan kelab Perancis itu apabila kontrak tamat pada akhir kempen 2023-24. - Gambar fail/ AP
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.
'Saya kekal di sini' - Mbappe
Mbappe memberikan bayangan akan kekal di Paris Saint-Germain selepas muncul sebagai penyelamat meledak jaringan gol penyamaan ketika berdepan Toulouse dalam aksi Ligue 1 pada Ahad.
Mbappe selamatkan maruah PSG
Kapten Perancis itu disenaraikan semula dalam pasukan setelah keengganannya untuk menyambung kontrak.
Sepuluh calon Pemain Terbaik Tahunan FIFA 2019 diumum
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo sekali lagi disenarai, kali ini turut disertai antaranya Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Eden Hazard. Harry Kane pun ada.